Rabu, 9 Oktober 2013

Fail bertingkat-tingkat

Semalam dengan semangat yang bekoba-koba ingin menyiapkan fail yang telah lama teperap. Fail tersebut hendaklah disiapkan sebaik mungking dan sekemas yang boleh.

Bermula lah seawal jam 9 pagi ku memulakannya. Sambil menyelak-yelak helaian kertas ku menyusun atur dengan penuh teliti, mudah- mudahan tidak ada yang silap.

Dalam masa yang sama bermacam-macam tugasan yang lain ku terima tetapi ku ingin menyiapkan tugasan pertama ku dahulu. Sedikit demi sedikit tugasan tersebut dapat diselesaikan.

Alhamdulillah dengan ketekunan dan niat baik ku akhirnya selesailah tugasan tersebut dengan jayanya. Oleh yang demikian janganlah menangguh-nangguhkan keja jika tidak mahuenjadi bebanan.

Isnin, 7 Oktober 2013

Arahan baru

Selamat malam rakan-rakan semua. Malam yang dingin membuatkan ku terawang-awangan untuk menulis penggalam kerja pada pagi tadi.

Bermulalah arahan baru untuk semua kakitangan di Jabatan ku untuk mengetik kad perakam waktu pada setiap hari jumaat. Oh ini adalah pekara biasa bagi ku kerana pada dua tahun yang lepas amalan ini telah menjadi rutin harian ku.

Dengan arahan yang baru ini ku berharap semua rakak-rakan dapat menerima dengan terbuka dan akan bekerja dengan lebih rajin, cekap , amanan serta dedikasi.

Ku terpetik dengan kata- kata Pegawai Tadbir Negeri ku bahawa     "kita kerja sebab kita yang memilih kerja ini, bukan kita yang dipanggil kerja ini" oleh yang demikian berkerjalah bersungguh-sungguh demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang HALAL.
INSYALLAH.
AMIN.

Sabtu, 5 Oktober 2013

ceritera siti shahida

Assalamualaikum w.b.t. dengan di izin ALLAH s.w.t ku di beri kesempatan untuk menghirup udara yg segar ini dan melihat di bumi yg indah ini seterusnya memberi kesempatan kepada diri ku ini untuk memulakan minat baru ku iaitu menulis blog. Ku memohon agar di beri kekuatan dan keyakinan untuk ku menulis apa saja untuk di kongsikan bersama (yg baik2 je). INSYALLAH.

Bermulalah CERITERA SITI SHAHIDA.
      Dilahirkan di Kg Serdang, Sitiawan, Perak pada tanggal 16 September 1985 (tahu tak tarikh ape tu? hari cuti umum tu). Anak bongsu daripada empat beradik (manje ni). Pendidikan awal di tadika kemas Bota tp tak ingat lah bota kiri ke kanan dan sekolah rendah di SK Simpang Empat tp sekolah ni dah tuka kat tempat lain sbb entah la. Abis sekolah rendah ku sambung lak kat Sekolah Menengan Ahmad Boestamam,Perak sampailah PMR, pastu sambung pulak kat Sekolah Teknik Seri Manjung sbb nak masuk asrama, konon2nya nak berdikarilah katakan. Alhamdulillah abis SPM dpt pulak kebenaran dr ayahda tersyg untuk kerja sementara sblm dpt smbg belaja. Itu dinamakan peluang yang tak disangka2. boleh kumpul duit sendiri ni (angan2 minat jenin).

Bermulalah pengalaman mencari rezeki untuk sesuap nasi. Emmmm baru tau mcm mane susahnye abah mencari rezeki untuk ku selama ini. Ku kerja di sebuah kilang Ayam Dindings yang terletak di Kg. Aceh Sitiawan, tiap2 pagi abah hanta dan ambil ank bongsunya ini (manje sgt), tapi seronok sbb dpt kwn baru dan pengalaman yg x penah dpt sblm ni. Mula2 kerja memang penat sbb x boleh duduk tp lame2 seronok sgt sbb dah biase. Genap setahun berkerja tibalah masanya ku sambung pengajian ku pulak. Rezeki ku telah tiba utk smbg belajar dan ku telah diterima masuk di Institut Kemahiran Mara (IKM) dlm bidang Elektrik di IKM Berseri. Ku hanya seminggu disana kerana ayahda kesygku telah memohon pertukaran ku ke IKM Lumut atas alasan beliau kurang sihat dan ku ikutkan saja jika itu yg terbaik utk ku.

2 thn ku belajar disana dan telah lulus dgn cermelangnya dan mendapat sijil kompeten dimana ku layak utk membuat kerja pengendosan di mana2 bangunan yang baru dibina tapi sijil berkenaan hanya di simpan rapi di rumah shj atas sbb kurang keyakinan diri & tdk mahu menanggung risiko.

Setahun ke mengangur dirumah menjaga ayahda yang kurang sihat. Setelah ayahda yg dikshi sihat ku mendpt tawaran tuk berkerja di sebuah firma guaman disitu lah ku byk belajar betapa penting nya menepati masa, mencatat segala tarikh yang berlaku dan byk lagi. Ku bersyukur pd YG MAHA ESA kerana dgn pengalaman kerja ku disana ku diterima berkerja sebagai pembantu tadbir di sektor awam walaupun kontrak dan 5 bulan kemudian ku diterima di jabatan lain sebagai pembantu tadbir juga tetapi kali ini adalah tetap sehinggalah sekarang. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini ku berharap ku akan lebih berjaya lagi dengan azam dan niat baru ku ini.YA ALLAH engkau beri lah kekuatan pada ku utk berjaya di dunian dan akhirat. AMIN YA ROBAALAMIN